1.Apakah yang dimaksudkan dengan vape?
-vape merupkan rokok elektonik yang dicipta untuk mengantikan rokok. Pada mulanya, ramai yang mengatakan bahawa ia dapat mengalakkan perokok yang tegar untuk berhenti merokok dengan mengunakan vape ini. Tapi hakikatnya, vape dan rokok sama-sama memudaratkan kesihatan kepada manusia. Vape yang mempunyai pelbagai perisa yang mengalakan ramai lagi tertarik dengannya.
2.Bilakah pertama kali anda mendengar tentang vape?
-saya mula mendengar mengenai vape ini adalah semasa saya berada di Kolej matrikulasi johor pada tahun 2014
3.Apakah pandangan anda terhadap lelaki yang menghisap vape?
- Pada pandangan saya, lelaki yang menghisap vape ini adalah lelaki yang membazirkan duitnya sendiri. Kerana vape pada harga pasaran sekarang adalah tinggi , harga minimum untuk vape dalam anggaran RM 150 dan perisanya juga yang mahal yang akan dibeli setiap minggu. Tidak ke membazir jika dibeli perisa selalu. Selain itu, lelaki yang menghisap vape ni juga merupakan lelaki yang hanya menunjuk-nunjuk sahaja kerana sering membawa kemana sahaja dan menhisap serta menhempuskan asap dengan tanpa rasa segan dan silu. Dan serta hanya mementingkan diri sahaja tanpa memikirkan orang yang berada sekelilingnya.
4.Apakah pula pandangan anda terhadap wanita/perempuan yang menghisap vape?
-Pada pandangan saya, bagi wanita yang menhisap vape ini merupakan wanita yang kurang didikan akhlak nya. Tidak sopan bagi seorang wanita menghisap serta mengikut apa yang sesetengah lelaki lakukan. Dengan tanpa segan dan silu mereka menhisap di hadapan orang ramai. Bagi saya wanita yang menghisap vape ni adalah wanita yang kurang didikan agama serta bimbingan.
5.Sejauh manakah vape menunjukkan status sosial atau status ekonomi seseorang?
-tidak menunjukkan bahawa status sosial dan ekonomi mereka kerana gejala vape melibatkan semua lapisan masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, walaupun kaya ataupun sedrhana mereka tetap meneruskan vape untuk kepuasan diri atau untuk kelihatan hebat di hadapan para kenalan
6.Adakah anda mempunyai rakan/ahli keluarga yang menghisap vape?
- sebulum saya menjejakkan kaki ke alam universiti saya mempunyai ramai rakan yang menghisap vape, kemudian masuk ke alam unversiti tiada rakan yang menghisap vape dan ahli keluarga saya tidak menghisap vape
7. Adakah anda bersetuju dengan pengharaman vape dan mengapa anda berpendapat sedemikian?
-saya bersetuju dengan pengharaman vape ini kerana dengan vape ini akan menyebabkan orang awam tidak selesa jika berada dengan orang yang menghisap vape ini. selain itu, ia juga dapat memudaratkan kesihatan bagi penghisap vape serta berlakunya pembaziran. Duit itu boleh digunakan untukperkara yang berfaedah daripada membazir membeli vape yang tidak mendatangkan hasil apa-apa.
No comments:
Post a Comment