Wednesday, 16 December 2015

MINAT

Hai

Apa yang nak saya ceritakan pada kali ni adalah dengan minat saya terhadap badan beruniform. Kerana ia mengajar kita untuk lebih berdisiplin dalam pelbagai aspek seperti ketepatan masa, kekemasan diri, mengikut arahan dan sebagainya.Untuk pengetahuan kalian saya ni merupakan seorang anak kepada seorang anggota tentera. Oleh itu, minat saya terhadap beruniform sangat tinggi.Sejak dari sekolah lagi saya telah menceburkan diri ,dalam badan beruniform ini...Antara kadet yang telah saya sertai selama ini adalah kadet polis , kadet remaja sekolah dan kadet pertahanan awam. Banyak pencapaian saya dalam setiap unit beruniform ini, seperti kadet remaja sekolah telah menyertai kursus kenaikan pangkat dan telah mendapat pangkat sarjan pada tahun 2010. Bagi kadet pertahanan awam pula, telah menyertai pertandingan kawat kaki di peringkat kebangsaan pada tahun 2011.

Setelah tamatnya zaman persekolahan saya, saya telah berhajat dengan kawat baik saya untuk melanjutkan pengajian kami di Universiti pertahanan nasional malaysia (UPNM). Kerana disana merupakan tempat melahirkan pegawai tentera terhadap Negara malaysia. Walaupun kami mengetahui bahawa tahap latihan ketenteraannya begitu keras tetapi kami sanggup kerana minat terhadap menjadi seorang yang berbakti kepada negara. Pada bulan febuari 2014 kami telah dipanggil untuk menjalani pemilihan sebagai pegawai kadet UPNM di kem terendak, melaka. Hampir 5 hari kami disana menjalani pelbagai latihan dan ujian saringan yang telah ditetapkan. Disana hampir dalam 900 orang dipanggil dalam saringan tersebut, Pelbagai kawan dari berlainan negeri kami bertemu disana dengan minat dan cita-cita yang sama. Antara ujian yang dilakukan disana adalah seperti 3 paper ujian bertulis, ujian kecergasan fizikal dan mental, ujian 2.4 km, medical check up dan sebagainya. tapi malangnya pada hari terakhir disana saya tidak terpilih untuk menyertai pasukan tersebut kerana atas faktor-faktor yang tertentu yang akan memudaratkan diri sendiri. Saya redha dengan ketentuan ilahi kerana allah merupakan perancang yang terbaik buat hambanya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan baik saya dan semoga berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan semasa disana. Berjuang la sehingga ditauliahkan nanti sebagai pegawai tentara.

Masuknya saya di Universiti kebangsaan malaysia (UKM) pada mula nya saya memang berhajat untuk memasuki badan beruniform. Dengan nasihat dan pendapat keluarga saya, meraka mengalakkan saya untuk memasuki unit beruniform polis. Dikenali sebagai Kor Sukarelawan polis Siswa/i (SUKSIS). dan alhamdulilah saya telah terpilih dalam kalangan 70 orang dari beratus-ratus yang menjalani ujian dan interview. Sekarang saya bersama-sama squad saya yang dikenali sebagai squad 11 dalam menjalani latihan bersama sehingga la ditauliahkan nanti.






No comments:

Post a Comment