1. Saya memilih ayah saya Zaief bin mohd isa sebagai role model saya.
2.
3. Saya memilih beliau sebagai role model saya kerana saya lebih mengenalinya dengan lebih mendalam, sentiasa bersamanya dari saya kecil sehingga la saya besar. Beliau merupakan seorang yang memberikan motivasi yang baik dan manfaat kepada anak-anaknya agar kami akan berjaya dalam kehidupan masing-masing. Walaupun beliau seorang anggota tentera tetapi beliau sangat baik dan lembut terhadap keluarganya. seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan jawatan yang beliau pegang setakat ini. Bagi saya ayah saya ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang begitu tinggi sehingga beliau dipercayai oleh rakan-rakan sejawat dengannya memberikan peluang untuk memegang jawatan dalam pelbagai agensi dan unit dalam pejabatnya. saya kagum dengan beliau dengan sifat pengorbanan beliau terhadap keluarga untuk memberikan kesenangan kepada kami sekeluarga. Kesanggupan beliau untuk melakukan kerja tambahan walaupun beliau merupakan seorang tentera. dengan pengorbanan beliau la saya berasa kasihnya kasih sayang seorang ayah terhadap keluarganya. Semangat tidak berputus asa beliau yang menjadikan saya lebih bermotivasi melihat segala pengorbananya
4. Bapa saya Zaief bin mohd isa, telah dilahirkan di kangar perlis pada 19 sept 1975. pernah dibesarkan di chemor perak seketika dulu kerana atok saya merupakan seorang anggota kesihatan yang bertugas disana sebelum pulang ke negeri asal kembali. Bersekolah menengah di kangar perlis dari tingkatan 1 sehingga la tingkatan 5. Merupakan seorang yang bijak kerana berada dikelas hadapan ketika dahulu. dan mendapat keputusan yang amat baik. selepas tamat tingkat 5 beliau telah berusaha dengan sendiri untuk melanjut pelajaran ke tingkatan 6. Pada waktu dahalu keluarga atok saya bukan la keluarga yang senang, dari sebab itu ayah saya menhadapi masalah kewangan untuk meneruskan pengajiannya. Sehingga la pada satu tahap beliau telah pergi bersama-sama rakannya untuk menyertai pasukan tentera malaysia tanpa pengetahuan atok dan nenek saya. Sehingga la ayah saya mendapat tawaran untuk memasuki anggota tentera baru la beliau memberitahu keluarganya...walaupun nenek saya begitu berat untuk melepaskan nya dengan rela hati nenek saya melepaskan ayah saya untuk menjadi seorang anggota tentera. Semasa beliau bertugas sebagai anggota tentera, nenek saya telah mencarikan jodoh untuk ayah saya. Nenek saya telah menjodohkan mak saya Rahayu binti mat akhir dengan ayah saya yang kekal sehingga la kehari ini. walaupun beliau bertugas sebagai seorang anggota tentera, beliau telah menlanjutkan pengajiannya ke peringkat diploma. kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu amat jelas ketika itu walaupun beliau masih tugas sebagai anggota tentera. Sehingga la beliau berjaya menamatkan pengajiannya. Dan sehingga kini juga beliau telah berjaya memegang jawatan yang terakhir dalam lain-lain pangkat iaitu sebagai pegawai waran 1.
5. Kejayaan yang dicapai oleh beliau ialah menjadi seorang anggota tentera yang berdedikasi dan tegas dalam tugasnya sehingga la belliau telah dinaikan pangkat ke pangkat yang terakhir dalam LLP iaitu pegawai waran 1. dengan jawatan yang dipegang oleh beliau telah memberikan motivasi kepada anak-anak buahnya untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam perkhidmatan anggota tentera. Selain dari itu, beliau telah berjaya membina dan membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni dalam keluarga kami.
6. Sumbangan beliau terhadap tugasnya begitu banyak kerana beliau merupakan seorang yang mudah untuk bergaul dengan rakan sejawat nya serta dengan anak buahnya agar lebih mudah untuk beliau untuk memberikan motivati serta membentuk semangat kerjasama dalam satu pasukan. Sumbangan beliau juga terhadap sesebuah organisasi yang dipegangnya untuk menjadikan organisasi tersebut menjadi lebih bermutu dan berstrategik.
7. Ciri-ciri yang sama antara saya dan role model saya ialah semangat tidak berputus asa dalam mencari ilmu, selain itu, sifat kepimpinan beliau yang ada pada saya sehingga kehari ini. ini terbukti apabila saya telah banyak memegang jawatan dalam pelbagai organisasi. cara beliau dalam membentuk dan membina keluarga yang begitu menkagumkan menjadikan saya lebih tertarik dengan cara seperti itu. dengan didikan dan motivati yang diberika kepada saya telah membuahkan hasil sehingga la saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Cara beliau dengan memberikan motivasi begitu manarik sehinngga saya cuba untuk mengikut jejak beliau untuk menjadi seorang pemimpim yang berwibawa.
No comments:
Post a Comment