Wednesday, 30 December 2015

ULANG KAJI

Pemimpin adalah seseorang yang melakukan perkara yang betul; pengurus adalah seseorang yang melakukan perkara dengan betul.
Professor Warren G. Bennis
Kepimpinan adalah seni mendapatkan seseorang untuk melakukan sesuatu tugasan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Dwight D. Eisenhower

  1. Leadership Traits/ Sifat-sifat Kepimpinan
      1. Physical vitality and stamina - Kekuatan
      2. Intelligence and action-oriented judgment - Kepintaran
      3. Eagerness to accept responsibility - Bertanggungjawab
      4. Task competence - Cekap
      5. Understanding of followers and their needs – Memahami keperluan pengikut
      6. Need for achievement – Keperluan untuk pencapaian
      7. Courage and resolution - Berani
      8. Trustworthiness - Dipercayai
      9. Self-confidence – Keyakinan diri
      10. Height - Ketinggian

                                               
  1. Leadership Behavior/ Tingkah laku kepimpinan
                              Seorang pemimpin perlu sentiasa bertingkah laku yang baik serta merapatkan hubungan dan sentiasa berada di sekitar pengikut untuk memotivasikan mereka.
  1. Managerial Grid/ Grid Pengurusan
                              Robert Blake and Jane Mouton, 1960.
                              Grid ini menerangkan lakaran perbezaan antara Orientasi-pekerjaan dan orientasi
                kepimpinan  dan mengenapasti lima kombinasi  gaya kepimpinan.
                Skala mata 1 menunjukkan kebimbangan yang rendah, dan mata 9 menunjukkan     kebimbingan tertinggi



Wednesday, 23 December 2015

PANTUN DAN TAZKIRAH

A) pantun
Pergi ke pasar membeli ikan,
membeli ikan jangan malu,
solat selalu jangan ditinggalkan,
supaya allah berkati selalu.

Jangan dikacau baba termenung,
Nanti dimarah oleh nyonya,
Walaupun ilmu tinggi menggunung,
tidak soalt, apa gunanya.

B) KEPENTINGAN WANITA MENUTUP AURAT
(QS al-Ahzab, 33;59
Tafsir ibnu kasir
Allah swt memerintahkan rasul-Nya agar menyuruh kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan baginda dan umumnya kepada perempuan-perempuan beriman agar mereka menutup aurat ke seluruh tubuh sehingga dapat dibezakan dengan perempuan-perempuan jahiliah dan hamba-hamba perempuan.
Jilbab adalah sejenis pakaian yang(ukurannya) lebih labuh dari tudung. Jika sekarang jilbab adalah sejenis pakaian seperti jubah.
Firman-Nya (.... Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali...) yakni, apabila mereka melaksanakannya( memakai jilbab atau bertudung) maka akan mudah dikenali bahawa mereka itu adalah perempuan merdeka( yang dihormati), bukan hamba perempuan juga bukan perempuan pelacur. As-sudi mengatakan mengenai ayat ( Wahai nabi ! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin " Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya" ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak digangu...) Dahulu, kebiasaan orang-orang fasik di kota madinah suka keluar pada waktu malam ketika hari mulai gelap, menuju ke jalan-jalan kota madinah, dengan niat melihat-lihat perempuan.

VAPE ( pembangunan belia)

1.Apakah yang dimaksudkan dengan vape?

-vape merupkan rokok elektonik yang dicipta untuk mengantikan rokok. Pada mulanya, ramai yang mengatakan bahawa ia dapat mengalakkan perokok yang tegar untuk berhenti merokok dengan mengunakan vape ini. Tapi hakikatnya, vape dan rokok sama-sama memudaratkan kesihatan kepada manusia. Vape yang mempunyai pelbagai perisa yang mengalakan ramai lagi tertarik dengannya.

2.Bilakah pertama kali anda mendengar tentang vape?

-saya mula mendengar mengenai vape ini adalah semasa saya berada di Kolej matrikulasi johor pada tahun 2014

3.Apakah pandangan anda terhadap lelaki yang menghisap vape?

- Pada pandangan saya, lelaki yang menghisap vape ini adalah lelaki yang membazirkan duitnya sendiri. Kerana vape pada harga pasaran sekarang adalah tinggi , harga minimum untuk vape dalam anggaran RM 150 dan perisanya juga yang mahal yang akan dibeli setiap minggu. Tidak ke membazir jika dibeli perisa selalu. Selain itu, lelaki yang menghisap vape ni juga merupakan lelaki yang hanya menunjuk-nunjuk sahaja kerana sering membawa kemana sahaja dan menhisap serta menhempuskan asap dengan tanpa rasa segan dan silu. Dan serta hanya mementingkan diri sahaja tanpa memikirkan orang yang berada sekelilingnya.

4.Apakah pula pandangan anda terhadap wanita/perempuan yang menghisap vape?

-Pada pandangan saya, bagi wanita yang menhisap vape ini merupakan wanita yang kurang didikan akhlak nya. Tidak sopan bagi seorang wanita menghisap serta mengikut apa yang sesetengah lelaki lakukan. Dengan tanpa segan dan silu mereka menhisap di hadapan orang ramai. Bagi saya wanita yang menghisap vape ni adalah wanita yang kurang didikan agama serta bimbingan.

5.Sejauh manakah vape menunjukkan status sosial atau status ekonomi seseorang?

-tidak menunjukkan bahawa status sosial dan ekonomi mereka kerana gejala vape melibatkan semua lapisan masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, walaupun kaya ataupun sedrhana mereka tetap meneruskan vape untuk kepuasan diri atau untuk kelihatan hebat di hadapan para kenalan

6.Adakah anda mempunyai rakan/ahli keluarga yang menghisap vape?
 - sebulum saya menjejakkan kaki ke alam universiti saya mempunyai ramai rakan yang menghisap vape, kemudian masuk ke alam unversiti tiada rakan yang menghisap vape dan ahli keluarga saya tidak menghisap vape

7. Adakah anda bersetuju dengan pengharaman vape dan mengapa anda berpendapat sedemikian?

-saya bersetuju dengan pengharaman vape ini kerana dengan vape ini akan menyebabkan orang awam tidak selesa jika berada dengan orang yang menghisap vape ini. selain itu, ia juga dapat memudaratkan kesihatan bagi penghisap vape serta berlakunya pembaziran. Duit itu boleh digunakan untukperkara yang berfaedah daripada membazir membeli vape yang tidak mendatangkan hasil apa-apa.

Monday, 21 December 2015

Bucket list (Pembangunan belia )

Assalamualaikum dan salam sejahtera
1. Senarai bucket list.
   * Mendapat anugerah dekan bagi setiap semestar
   *  Mendapat ijazah saujana muda dengan class pertama
   * Mendapat Anugerah diraja
   * Memperolehi pekerjaan yang bagus pada usia 22 tahun
   * Memperolehi rumah banglo sendiri.
   * mempunyai kereta dan motor berkuasa tinggi
   * Membawa kedua ibu bapa pergi haji dan umrah
   * Dipertemukan jodoh pada usia 24 tahun.
2. saya pernah mempunyai senarai bucket list sebelum ini.
3.  Senarai bucket list yang telah dicapai.
     * Mendapat keputusan cemerlang dalam PMR
     * Mewakili kuala lumpur dalam peringkat kebangsaan
     * Mendapat keputusan cemerlang dalam SPM
     * Dapat meneruskan pengajian ke peringkat Universiti.
4, Perasaan saya apabila telah mencapai semua yang telah dilist kan tersebut adalah berasa bersyukur kepada allah keran telah memberi apa yang telah dihajatikan. Saya yakin dengan kaedah seperti ini dapat memberikan kita semangat untuk meneruskan lagi usaha untuk mencapai apa yang kita target kan. kerana sebelum ni saya telah didedahkan oleh pakar motivasi mengenai keberkesanan membuat bucket list tersebut.

Role model belia ( dipetik dari Pembangunan belia )

1. Saya memilih ayah saya Zaief bin mohd isa sebagai role model saya.
2.
3. Saya memilih beliau sebagai role model saya kerana saya lebih mengenalinya dengan lebih mendalam, sentiasa bersamanya dari saya kecil sehingga la saya besar. Beliau merupakan seorang yang memberikan motivasi yang baik dan manfaat kepada anak-anaknya agar kami akan berjaya dalam kehidupan masing-masing.  Walaupun beliau seorang anggota tentera tetapi beliau sangat baik dan lembut terhadap keluarganya. seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan jawatan yang beliau pegang setakat ini. Bagi saya ayah saya ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang begitu tinggi sehingga beliau dipercayai oleh rakan-rakan sejawat dengannya memberikan peluang untuk memegang jawatan dalam pelbagai agensi dan unit dalam pejabatnya. saya kagum dengan beliau dengan sifat pengorbanan beliau terhadap keluarga untuk memberikan kesenangan kepada kami sekeluarga. Kesanggupan beliau untuk melakukan kerja tambahan walaupun beliau merupakan seorang tentera. dengan pengorbanan beliau la saya berasa kasihnya kasih sayang seorang ayah terhadap keluarganya. Semangat tidak berputus asa beliau yang menjadikan saya lebih bermotivasi melihat segala pengorbananya
4. Bapa saya Zaief bin mohd isa, telah dilahirkan di kangar perlis pada 19 sept 1975. pernah dibesarkan di chemor perak seketika dulu kerana atok saya merupakan seorang anggota kesihatan yang bertugas disana sebelum pulang ke negeri asal kembali. Bersekolah menengah di kangar perlis dari tingkatan 1 sehingga la tingkatan 5. Merupakan seorang yang bijak kerana berada dikelas hadapan ketika dahulu. dan mendapat keputusan yang amat baik. selepas tamat tingkat 5 beliau telah berusaha dengan sendiri untuk melanjut pelajaran ke tingkatan 6. Pada waktu dahalu keluarga atok saya bukan la keluarga yang senang, dari sebab itu ayah saya menhadapi masalah kewangan untuk meneruskan pengajiannya. Sehingga la pada satu tahap beliau telah pergi bersama-sama rakannya untuk menyertai pasukan tentera malaysia tanpa pengetahuan atok dan nenek saya. Sehingga la ayah saya mendapat tawaran untuk memasuki anggota tentera baru la beliau memberitahu keluarganya...walaupun nenek saya begitu berat untuk melepaskan nya dengan rela hati nenek saya melepaskan ayah saya untuk menjadi seorang anggota tentera. Semasa beliau bertugas sebagai anggota tentera, nenek saya telah mencarikan jodoh untuk ayah saya. Nenek saya telah menjodohkan mak saya Rahayu binti mat akhir dengan ayah saya yang kekal sehingga la kehari ini. walaupun beliau bertugas sebagai seorang anggota tentera, beliau telah menlanjutkan pengajiannya ke peringkat diploma. kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu amat jelas ketika itu walaupun beliau masih tugas sebagai anggota tentera. Sehingga la beliau berjaya menamatkan pengajiannya. Dan sehingga kini juga beliau telah berjaya memegang jawatan yang terakhir dalam lain-lain pangkat iaitu sebagai pegawai waran 1.
5. Kejayaan yang dicapai oleh beliau ialah menjadi seorang anggota tentera yang berdedikasi dan tegas dalam tugasnya sehingga la belliau telah dinaikan pangkat ke pangkat yang terakhir dalam LLP iaitu pegawai waran 1. dengan jawatan yang dipegang oleh beliau telah memberikan motivasi kepada anak-anak buahnya untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam perkhidmatan anggota tentera. Selain dari itu, beliau telah berjaya membina dan membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni dalam keluarga kami.
6. Sumbangan beliau terhadap tugasnya begitu banyak kerana beliau merupakan seorang yang mudah untuk bergaul dengan rakan sejawat nya serta dengan anak buahnya agar lebih mudah untuk beliau untuk memberikan motivati serta membentuk semangat kerjasama dalam satu pasukan. Sumbangan beliau juga terhadap sesebuah organisasi yang dipegangnya untuk menjadikan organisasi tersebut menjadi lebih bermutu dan berstrategik. 
7. Ciri-ciri yang sama antara saya dan role model saya ialah semangat tidak berputus asa dalam mencari ilmu, selain itu, sifat kepimpinan beliau yang ada pada saya sehingga kehari ini. ini terbukti apabila saya telah banyak memegang jawatan dalam pelbagai organisasi. cara beliau dalam membentuk dan membina keluarga yang begitu menkagumkan menjadikan saya lebih tertarik dengan cara seperti itu. dengan didikan dan motivati yang diberika kepada saya telah membuahkan hasil sehingga la saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Cara beliau dengan memberikan motivasi begitu manarik sehinngga saya cuba untuk mengikut jejak beliau untuk menjadi seorang pemimpim yang berwibawa.

Wednesday, 16 December 2015

KOR SUKSIS UKM

Kor Sukarelawan Polis Siswa/i UKM merupakan salah satu badan beruniform yang terdapat didalam ukm ni selain Palapes dan Sispa. Bermulanya saya memasuki Kor suksis ini apabila saya mula memberikan nama untuk menyertai Kor tersebut..Selepas itu, saya mula dipanggil untuk menjalani ujian fizikal untuk melayakan diri meyertai kor tersebut.Semasa ujian tersebut pelbagai ciri-ciri yang dilihat pada diri kami terhadap fizikal kami. Selepas sahaja dari ujian fizikal tersebut kami menunggu pula panggil kedua yang menyatakan yang kami layak untuk keperingkat yang seterusnya. Selepas satu minggu dari ujian fizikal tersebut. saya telah dipanggil untuk diinterview oleh pegawai-pegawai polis yang berpangkat ACP dari pelbagai cawangan untuk memilih kadet-kadet seramai 70 orang sahaja dari ramai-ramai yang terpilih. Pelbagai soalan yang ditujukan kepada kami dengan menkaitkan dengan isu semasa dan berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia. Hampir satu jam bagi setiap group yang ditemuduga...pada waktu malam baru habis ditemuduga semua pelatih yang diinterview pada hari tersebut...keputusan interview tersebut dikeluarkan pada malam itu juga kerana pada keesokan harinya untuk membuat ujian air kencing, isi borang anggota, dan angkat sumpah setia untuk diserahkan kepada Bukit Aman.

Latihan yang dijalankan adalah pada setiap hari sabtu sahaja bermula dari waktu pagi sehingga la petang. Pada jam 6.30 pagi semua pelatih mula berkumpul padang kawat untuk memulakan PT pagi sehingga la jam 8 pagi. Pada jam 9 pagi pula latihan kawat yang diketua oleh jurulatih polis sehingga la pada jam 12 tgh hari. selepas itu diberi rehat sehingga jam 2 petang untuk meneruskan lagi dengan kelas undang undang yang  diajar oleh sarjan Ariffin. Pada waktu petang pula ialah aktiviti sukan dan readah.

Manfaat daripada menyertai kor suksis ini adalah mengajar kami untuk lebih berdisiplin dalam pelbagai aspek seperti menepati masa, kekemasan diri, hormat pihak atasan dan sebagainya. Selain itu, ini merupakan salah satu yang betul untuk saya meneruskan lagi cita-cita saya dan minat terhadap badan beruniform dan meneruskan kerjaya sebagaiseorang  pegawai polis pada satu hari nanti... Dengan latihan yang kami jalani ini dapat mengeratkan lagi  hubungan antara kami Squad 11 untuk meneruskan minat masing-masing.. in sya allah 3 tahun nanti kami semua akan ditauliahkan sebagai Inspektor KS oleh Ketua Polis Negara.





konvokesyen UKM 43

Pengalaman yang amat bermakna kepada saya sebagai pelajar tahun satu menyertai program karnival konvokesyen UKM ke 43 yang berlangsung pada bulan 10 yang lepas. Dalam karnival ini saya telah memegang jawapan sebagai exco pameran dan inovasi. Dengan bimbingan dan sokongan yang diberi oleh ahli pasukan saya yang terdiri daripada akak dan abang senior tahun 2 dan 3. Mereka banyak menunjuk ajar bagaimana cara dalam melaksanakan sesuatu tugas berikut. Skop tugas kami adalah dengan menyediakan booth-botth pameran pada hari kejadian. Dengan itu kami telah bercadang untuk membuka satu Career fair untuk pelajar yang telah graduad Kami post pameran berusaha menghubungi syarikat-syarikat luar untuk menyertai career fair tersebut. Lebih kurang 150 lebih company kami telah hubungi Pelbagai cabaran dan rintangan yang kami hadapi sehingga kami telah berbincang sesama sendiri untuk menukar plan tersebut kerana menghadapi masalah dalam menjalankan program tersebut. Disebabkan itu, kami telah bercadang untuk membuka satu pertandingan inovasi produk yang disertai dari pelbagai fakulti pada program tersebut. Pertandingan itu dapat menarik ramai peserta yang mempunyai kreativi masing-masing untuk mempertandingan produk mereka tersebut. Hadiah yang kami tawarkan bergitu lumayan iaitu johan akan mendapat wang berjumlah RM 1000.

Selain itu, perkara yang paling menyeronokan adalah apabila berpeluang untuk bergambar dengan para artis yang hadir seperti adiwiraa, imam muda asyraf dan sebagainya Paling menarik apabila sofi jikan menyuruh saya menemani beliau untuk mengambil barang dikeretanya dan sewaktu itu masih hujan lebat. Tanpa melengahkan masa saya mengunakan payung yang ada dalam beg saya untuk membantu beliau..part yang best sewaktu bersama-sama belian didalam hujan dengan kerenah beliau yang begitu melawakkan.



MINAT

Hai

Apa yang nak saya ceritakan pada kali ni adalah dengan minat saya terhadap badan beruniform. Kerana ia mengajar kita untuk lebih berdisiplin dalam pelbagai aspek seperti ketepatan masa, kekemasan diri, mengikut arahan dan sebagainya.Untuk pengetahuan kalian saya ni merupakan seorang anak kepada seorang anggota tentera. Oleh itu, minat saya terhadap beruniform sangat tinggi.Sejak dari sekolah lagi saya telah menceburkan diri ,dalam badan beruniform ini...Antara kadet yang telah saya sertai selama ini adalah kadet polis , kadet remaja sekolah dan kadet pertahanan awam. Banyak pencapaian saya dalam setiap unit beruniform ini, seperti kadet remaja sekolah telah menyertai kursus kenaikan pangkat dan telah mendapat pangkat sarjan pada tahun 2010. Bagi kadet pertahanan awam pula, telah menyertai pertandingan kawat kaki di peringkat kebangsaan pada tahun 2011.

Setelah tamatnya zaman persekolahan saya, saya telah berhajat dengan kawat baik saya untuk melanjutkan pengajian kami di Universiti pertahanan nasional malaysia (UPNM). Kerana disana merupakan tempat melahirkan pegawai tentera terhadap Negara malaysia. Walaupun kami mengetahui bahawa tahap latihan ketenteraannya begitu keras tetapi kami sanggup kerana minat terhadap menjadi seorang yang berbakti kepada negara. Pada bulan febuari 2014 kami telah dipanggil untuk menjalani pemilihan sebagai pegawai kadet UPNM di kem terendak, melaka. Hampir 5 hari kami disana menjalani pelbagai latihan dan ujian saringan yang telah ditetapkan. Disana hampir dalam 900 orang dipanggil dalam saringan tersebut, Pelbagai kawan dari berlainan negeri kami bertemu disana dengan minat dan cita-cita yang sama. Antara ujian yang dilakukan disana adalah seperti 3 paper ujian bertulis, ujian kecergasan fizikal dan mental, ujian 2.4 km, medical check up dan sebagainya. tapi malangnya pada hari terakhir disana saya tidak terpilih untuk menyertai pasukan tersebut kerana atas faktor-faktor yang tertentu yang akan memudaratkan diri sendiri. Saya redha dengan ketentuan ilahi kerana allah merupakan perancang yang terbaik buat hambanya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan baik saya dan semoga berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan semasa disana. Berjuang la sehingga ditauliahkan nanti sebagai pegawai tentara.

Masuknya saya di Universiti kebangsaan malaysia (UKM) pada mula nya saya memang berhajat untuk memasuki badan beruniform. Dengan nasihat dan pendapat keluarga saya, meraka mengalakkan saya untuk memasuki unit beruniform polis. Dikenali sebagai Kor Sukarelawan polis Siswa/i (SUKSIS). dan alhamdulilah saya telah terpilih dalam kalangan 70 orang dari beratus-ratus yang menjalani ujian dan interview. Sekarang saya bersama-sama squad saya yang dikenali sebagai squad 11 dalam menjalani latihan bersama sehingga la ditauliahkan nanti.






Sunday, 13 December 2015

KEMSIS

Kemsis merupakan kem kembara siswa siswi yang dianjurkan oleh pihak persatuan mahasiswa Fakulti ekonomi dan pengurusan( PMFEP) untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami pelajar tahun satu ini. Kemsis ini diadakan selama 3 hari 2 malam di kem Lupuk manggis, selangor pada bulan 10 yang lalu. Kem ini telah disertai oleh  pelajar tahun satu dari pelbagai kos dan pelbagai umur. Dengan kem ini dapat memberikan kami semua peluang untuk mengenali antara satu sama lain serta dapat mengenali pucuk kepimpinan PMFEP dan senior-senior di fakulti ini.

Kebiasaannya setiap kem akan membahagikan kumpulan terlebih dahulu, so kami semua telah dibahagikan kumpulan mengikut kretiviti yang telah dibina oleh pihak penganjur. kumpulan saya yang diberi nama the flash berdasarkan nama superhero yang terdiri dari 1 lelaki 4 wanita. Dengan wujudnya kumpulan ini kami berasa amat serasi dan senang untuk berkerja dalam satu kumpulan.

Perkara yang paling menyeronokan adalah game explorace , Game ni amat mengujikan team kami dalam mengharungi setiap check point yang begitu mencabar dan menguji minda kami semua. Kesukaran dalam setiap check point diatasi dengan mengunakan kebijaksanaan masing-masing sehingga la kami berjaya menhabiskan game tersebut dengan kemenangan....yeeaaaahhhh walaupun muka kami penuh dengan contengan dan tepung-tepung..

Selain itu, aktiviti yang menarik jugak adalah seperti night walk, lakonan sepontan dan perang air.
Pada malam pertama, kami telah dikejutkan dengan aktiviti night walk yang tanpa diduga adanya aktiviti tersebut. pada mulanya dirancang untuk berjalan seorang -seorang, tetapi bertukar kepada jalan didalam group masing-masing. Masa itu saya berasa lega sangat kerana saya ni bukan la seorang yang berani sangat kalau masuk hutan sorang2 ni.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila mereka menyuruh setiap pasukan untuk berlakonkan drama pendek berdasarkan tema yang telah mereka berikan. Pada waktu itu saya berasa malu sedikit untuk berlakon dihadapan mereka semua. tapi tanpa segan dan silu saya berlakonkan juga dengan sepontan nya.. sehingga la saya terpilih perlakon terbaik pada waktu itu..

Manfaat daripada menyertai kem ini adalah saya dapat menonjolkan lagi bakat saya serta dapat menjadi insan yang berani kehadapan. Selain itu saya jaga dapat mengasah lagi bakat kepimpinan saya dalam menguruskan sesebuah organisasi.