Thursday, 12 November 2015

SUKEM

                                                                  SUKEM

         Pada bulan 10 yang lepas, telah berlangsungnya kejohanan sukan yang merupakan acara tahunan bagi setiap tahun yang diberi nama SUKEM. ia merupakan kejohanan sukan yang melibat kesemua kolej kediamanan di UKM ni. Terdapat pelbagai sukan yang telah dipertandingkan seperti bola sepak, olahraga, renang, bola tambar dan pelbagai sukan ini. Faedah daripada anjuran sukan  ini adalah dapat melahirkan ramai atlet yang berbakat untuk diasah lagi agar dapat menharamkan nama universiti serta nama negara sendiri di pentas antarabangsa. Selain daripada itu, yang paling penting adalah dapat mengeratkan lagi hubangan antara pelajar serta dapat meningkatkan lagi semangat berdaya saing yang sihat di kalangan pelajar.

        Apa nak diceritakan mengenai pengalaman semasa kejohanan sukan ini berlangsung. Pada mulanya aku telah diberikan amanah dalam menjaga kebajikan atlet kolej kediaman aku kerana aku merupakan pengerusi sekretariat sukan kolej Ungku Omar. so apakan daya dengan amanah yang telah diberikan aku jalankan dengan penuh keikhlasan. Aku serta rakan-rakan dalam sekretariat ni salin berkerjasama antara satu sama lain dalam menjalankan tugas masing-masing. Tampa kami siapa lagi yang hendak menjaga kebajikan atlet kami. Sanggup tidur lewat semata-mata ingin mengagihkan makanan mengikut sukan masing-masing. Selepas itu pula, bangun diawal pagi untuk  menhantar atlet ke tempat masing-masing, menyediakan makan dan minuman kepada para atlet. Bergitu la hari-hari yang seterusnya sehingga la kejohanan tamat.

      Selain daripada aku sebuk menguruskan segala kerja-kerja itu, aku juga terlibat dalam sukan yang aku minati seperti olahraga dalam acara lompat jauh dan 4x100 meter serta bola tampar. Pada fasa 1, merupakan sukan bola tampar. pada hari itu aku tidak menharapkan apa-apa pingat pun kerana jika dilihat pasukan lain lebih hebat dan berpengalaman berlaka , nak dibandingkan dengan kami yang jarang turun training so keserasian kami tidak terserlah langsung. so dari situ aku tidak menharap apa-apa hanya mencuba nasib sahaja. Tetapi kami tidak kisah, kami main hanya untuk mendapatkan keseronokan sahaja. 

      Apa yang aku fokuskan ialah pada sukan olahraga. Pada fasa 2, berlangsungnya sukan olahraga di stadium ukm. Pada hari itu, aku berasa cukup bersedia untuk bersaing dengan kolej lain. Sukan ni merupakan sukan kegemaran aku sewaktu di sekolah lagi. setipa hari aku turun training untuk kekalkan stamina aku sendiri. Pada waktu pagi, aku telah bersaing dalam acara lompat jauh., dengan harapan agar aku dapat membawa pulang pingat dari acara tersebut, tapi malang nya aku hanya dapat beraksi di peringkat akhir sahaja tanpa membawa pulang sebarang pingat. Tampa berputus asa, aku cuba pada acara yang seterusnya iaitu acara kegemaran aku iaitu 4x100 meter..aku telah bergandingan dengan pelari pecut kolej aku, Aku merupakan pelari yang ke-3 kerana aku gemar berlari di selekoh, Pada peringkat saringan, kami telah mendapat tempat pertama dan merupakan masa yang terpantas. Pada waktu itu, aku telah berharap sangat emas ditanganku, Pada belah petang merupakan final bagi acara 4x100 meter. tapi aku berasa kecewa sangat dengan pihak pengurusan tersebut, sepatutnya bagi masa terpantas diletakan di lorong 3 atau 4 tetapi diletaknya kami di lorong 1, amat sukar bagi kami di lorong tersebut. Bagi siapa yang atlet tahu bagai mana jika dapat di lorong tersebut. tampa mengaku kalah kami cuba juga walaupun telah melakukan bantahan.. dan akhir nya kami hanya sekadar mendapat tempat ke-2.. tapi tape la kami redha dengan kejadian tersebut. Bersyukur dengan apa yang kami berolehi..janji apa pinggat pada tahun ni.

No comments:

Post a Comment