Lima ciri belia cemerlang mengikut perspektif saya.:
1. Taat pada allah dan kepada kedua ibubapa.
2. Rajin Berusaha
3. Berkepimpinan
4. Bertanggungjawab
5. Berdisiplin
Berdasarkan ciri-ciri berikut, perkara yang utama sekali ialah taat kepada perintah allah serta kepada kedua ibubapa. Jika kita berpegang kepada perintah allah dengan menjaga solat serta sentiasa berpegang kepada kitab al-quran dapat menjadikan saya sebagai insan yang berperibadi mulia dengan sentiasa dapat membezakan perkara yang baik mahupun yang buruk agar iman saya sentiasa terkawal sebagai seorang belia yang hendak membangun. Selain itu, ibubapa merupakan orang yang perlu kita hormati dan taat kepada mereka kerana dengan ada nya meraka saya berjasa menjejakkan kaki disini, bagi saya mereka adalah satu dalam dunia, tanpa mereka sape lah saya.
Seterusnya, rajin berusaha. Ciri ini perlu ada pada setiap belia kerana dengan berusaha terhasilnya satu kerja yang berkualiti. Jika hanya anggan-anggan saja tanpa melakukan sebarang tindakan terhadap sesuatu kerja itu hanya lah sia-sia sahaja. Oleh itu, bagi saya ciri ini memang saya terapkan pada diri saya agar sentiasa rajin berusaha dalam mendapatkan sesuatu perkara yang saya inginkan seperti mana saya berusaha dalam bidang akademik dan juga sukan.
Berkepimpinan, Bagi saya sebagai seorang pelajar yang telah dididik dari bangku sekolah lagi mengenai kepimpinan ini memang perkara yang perlu diterapkan kepada para belia. Hal ini kerana, belia lah yang akan memimpin dan mengurus negara pada masa depan. Rosak golongan belia gelap masa depan negara untuk menjadi negara yang maju. Dengan pengalaman yang telah saya ceburi dalam kepimpinan ini seperti menjadi presiden untuk kelab dan persatuan serta menyertai program-program kepimpinan ini agar saya dapat memperkukuhkan lagi keyakinan saya untuk berada pada golongan yang kehadapan.pada suatu hari nant.
Sifat tanggungjawab adalah penting bagi saya. Bagi saya sebagai seorang anak dan pelajar sentiasa ingat akan tanggungjawab saya terhadap keluarga dan pada diri saya sendiri agar sentiasa memberikan tumpuan saya terhadap pelajaran. Jika saya memegang sesuatu amanah, saya akan memegangnya dengan sebaik yang mungkin kerana itu tanggungjawab saya yang telah diberikan orang kepada saya.
Akhir sekali ialah berdisiplin. Saya telah dilatih sejak kecil lagi oleh ayah saya sendiri yang mendidik anak-anaknya agar sentiasa berdisiplin dari segi kekemasan diri, ketepatan masa dan sebagainya. Ini memberikan kesan kepada saya kerana disini amat mementingkan masa unrtuk diuruskan sendiri dalam segala urusan harian disini. Dengan adanya sifat berdisiplin dalam kalangan belia dapat melahirkan golongan belia yang sentiasa menjaga tingkah lakunya dimana jua mereka berada.
titanium wedding ring - Titanium Arts
ReplyDeleteThe ceramic vs titanium curling iron diamond titanium damascus is one of the finest quality of diamonds in 2017 ford fusion energi titanium the world with titanium mountain bikes its unique, diamond shape and titanium nitride coating service near me smooth texture which allows it to stand out for its