Monday, 2 November 2015

Penghijrahanku

: PENGHIJRAHANKU
HIJRAH...perkataan yang sering kite  dengari . Tapi faham ke kita sebagai seorang muslim ape itu hijrah.  Jika kita fahaminya dengan lebih mendalam  lagi pasti amat menarik untuk kita amalkan dan mempraktikan nya. Alhamdulilah dengan penhijrahan la yang banyak mengubah sikap dan kehidupan aku sendiri.

Pada mulanya, aku bukan la budak yang pandai dalam bidang akademik pada masa dulu. Aku hanya budak biasa yang tiada apa-apa kebolehan sewaktu itu. Hanya kelas dibelakang, berkawan pula dengan budak yang nakal.  Itu la aku sewaktu dulu, tiada apa yang dapat untuk aku banggakan. Aku berasa diri aku tiada  masa depan yang dapat aku bayangkan. Langkah demi langkah aku berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain telah banyk memberikan aku harapan dan peluang untuk aku terus maju dalam kehidupan aku. Aku percaya allah maha adil terhadap hampa nya dan aku yakin bahawa allah akan memberikan kekuatan kepada hampa nya untuk menempuh segala dugaan yang menimpa. Dengan doa dan usaha yang dilakukan aku berjaya mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Aku berasa tidak yakin terhadap diri aku sendiri. Aku berase putus asa dengan kehidupan aku. Tapi dengan perkataan Hijrah la yang telah banyak mengubah aku. Pada mulanya aku sendiri tidak faham ape itu HIJRAH..tampa aku sedar rupanya melalui penhijrahan la yang telah banyak mengubah segala sikapku.. ini kerana, ayah aku sebagai seorang anggota tentera yang banyak berpindah randah  dari satu kawasan ke kawsan yang lain.. setakat ini telah banyak kem tentera yang telah aku duduki seperti kem wardiburn, kem kementah, dan kem TUDM subang. Dengan itu banyak sekolah yang aku jelajah, dari situ aku mengubah sikapku dan membetulkan niatku untuk berubah. Alhamdulilah, akhir nya aku sedar rupa-rupanya selama ini yang aku lakukan adalah perhijrahan yang mengubah hidup aku sendiri.
Aku dapat merasakan, jika kita berada di suatu kawasan yang baru kita akan memulakan sesuatu kehidupan yang baru dalam hidup kita. Melupakan kisah silam kita dan buka buku baru untuk terus membetulkan kita kepada yang lebih baik. Dari situ aku belajar erti kehidupan untuk kita membetulkan dan mengubah diri kita sendiri. Bak kata perpatah, susah-susah dahulu senang kemudian, dengan itu aku terus meningkatkan usaha aku untuk terus maju kehadapan. Dengan usaha, berkat doa kedua ibubapa aku terus berdiri dengan sendirinya. Akhir nya tampa diduga, daripada kelas belakang aku telah membuktikan kepada mereka aku pun boleh berada di hapadan seperti mereka. Mulanya sewaktu aku disekolah menengah aku menonjolkan diri aku dalam pelbagai bidang. Di tingkatan 2 aku sedar yang peperiksaan pada tahun hadapan penting bagi aku walaupun berada di kelas belakang. Akhirnya aku membuktikan kepada mereka yang aku pun boleh perform dalam peperiksaan PMR dengan mendapat 7A walaupun dikelas belakang. Dari situ aku terus meningkatkan keyakinan aku untuk terus maju. Ini terbukti, kelas bukan la penentunya,tetapi  diri sendiri yang mengerakan kita. Sehingga la aku menjadi harapan sekolah untuk peperiksaan SPM dan menjadi calon untuk tokoh kokurikulum sewaktu itu tetapi malang nya ada yang lebih hebat lagi daripada aku dan terpaksa melepaskan gelaran tokoh tersebut. Memang aku sendiri tidak menduga yang aku boleh mencapai kepada tahap seperti itu.

Dengan kegemilangan yang telah kita capai kadang-kadang kita lupa dan angkuh terhadap diri kita sendiri dan juga kepada allah.  Sebenarnya allah yang telah memberikan kita semua itu, mungkin dia hanya menguji keimanan kita sebagai umat islam sehingga aku lupa dan leka terhadapnya. Jika dulu sewaktu susah selalu berharap kepadanya, sentiasa mengingatkan Nya, bermohon kepada Nya, tetapi apabila telah dapat apa yang telah diminta kita angkuh dan riak. Itu la manusia, tidak pijak dibumi yang nyata. Diperlukan apabila susah, diabaikan apabila senang. Jika dulu aku banyak melakukan kesalahan,  tampa memikirkan soal agama. Aku tewas dengan kejahilan aku sendiri. Keimanan aku lentur dek sebabkan sebuah perasaan sahaja iaitu cinta. Sekarang baru la aku sedar yang cinta itu boleh membuatkan aku sendiri tewas dengan keimananku. Dengan bercinta juga aku sering dikecewakan, disakiti dan lupa terhadap agama. Sehingga la aku sendiri yang  jatuh kecundang dalam kehidupan ku. Dengan kesilapan yang telah dilakukan aku cuba untuk mengubahnya kepada yang lebih baik. Mungkin ini semua telah memberikan aku pegalaman yang bermakna untuk aku terus membina sebuah kehidupan yang baik pada masa akan datang. Dengan pengalaman yang akan mengajar aku untuk hidup berdikari menguruskan segalanya. Allah telah menentukan segalanya kepada kita, hanya kita la yang hendak menerima dan percaya kepada ketentuannya. Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan kerana kita bukan la manusia yang 100% perfect ada juga kelemahannya. Kita boleh mengubahnya dengan kehendak kita sendiri. Aku akan terus mempebetulkan diri aku kepada yang lebih  baik. In shaa allah.
Pemikiran yang terbuka memikirkan zaman sekarang yang mempunyai banyak cabarannya diluar sana. Menempuh alam remaja sebelum menjadi dewasa yang lagi banyak dugaanya. Aku sedar alam remaja la yang banyak memberikan kita keseronokan dan kebebasan yang mungkin tampa kita sedar yang kita kadang-kadang akan terpesong dari jalan yang benar. Banyak kesalahan yang dilakukan. Sebab itu penting nya keimanan dalam diri seseorang. Kuat nya iman, kukuh lah pendiriannya. Bagi aku, parent aku sendiri yang telah banyak mengajar aku tentang agama. Mereka la yang sentiasa membimbing anak-anaknya kepada agama, sentiasa mengingat kita terhadap kewajipan dalam islam, menhantar untuk mendalami bacaan aq-quran dan seterusnya mereka la yang menjadi contoh dan teladan kepada kami adik beradik. Sebab itu aku sendiri lebih suka berada disamping mereka berbinding duduk seorang di berantauan. Tetapi dengan hasrat untuk meneruskan pelajaran aku keperingkat yang lebih tinggi aku terpaksa berpisah dengan mereka. Terpaksa  untuk hidup tampa mereka untuk meneruskan cita-cita aku. Mungkin ini kelemahan bagi aku, dengan berada jauh dari mereka  aku sendiri yang leka terhadap  agama. Kadang-kadang aku sendiri lupa terhadap tanggungjawab aku sendiri. Pentingnya mereka bagi aku. Mereka la yang banyak membentuk aku menjadi insan yang lebih baik. Untuk membiasakan keadaan yang baru bagi aku, kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Aku akan terus untuk belajar hidup berdikari dan sentiasa mengingati tanggungjawab aku terhadap agama. Terus berubah untuk menjadi yang lebih baik. Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang  kita di bawah...ada naik turunnya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kita akan sering hadapi dalam kehidupan.

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. . Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Peringatan untuk diri sendiri dan kepada umum.

No comments:

Post a Comment