Wednesday, 25 November 2015

PERBINCANGAN DAN PENDAPAT

Perbincangan dan pendapat terhadap politik pada diri saya
1. Parti politik manakah yang terbaik pada pandangan anda?

Pada pandangan saya parti politik yang terbaik bagi saya ialah UMNO.
2. Apakah kelebihan atau kekuatan utama parti tersebut?

Kelebihan dan kekuatan utama parti ini adalah dilihat bagaimana ia telah menuntut dan memperjuangkan kemerdekaan negara pada masa dulu sehingga lah ia bertahan sehingga ke hari ini. kekuatan parti ini juga terletak pada konsep yang telah digunakan nya iaitu konsep kekeluargaan dalam parti politik ini. Dengan konsep ini ia dapat memperkuatkan lagi barisan para pemimpin dalam membangunkan parti politik ini. semangat seperti yang kita inginkan untuk terus berkerjasama dalam memajukan lagi sesebuah parti politik.Buktinya UMNO masih lagi menjadi tunggak utama dalam Barisan Nasional meskipun pelbagai andaian dikecam kepada UMNO. Belum ada parti lain semenjak kemerdekaan yang boleh gantikannya. Berceritalah hebat mana parti politik yang lain menjalankan tugas tapi inilah hakikat di Malaysia bahawa UMNO masih lagi dihati rakyat. Jika UMNO memilih Melayu sahaja parti ini tidak akan bergabung dengan MIC dan MCA bagi menerajui pembangunan negara. UMNO itu bukan individu yang menerajuinya tapi suara rakyat. Politik yang boleh lihat berjasa kepada negara apabila serumpun bersatu dalamnya. Generasi kini yang tidak memahami apa landasan yang cuba dibawa oleh UMNO. Sayangilah perjuangan yang lepas dan sambunglah keamanan yang diperjuangkan.
3. Apakah kriteria pemimpin parti politik yang anda kagumi dan yakini?

Kriteria pemimpin politik yang saya yakini ialah pemimpin yang sedia mengalas tanggungjawab yang telah diberikan kepercayaan kepadanya. Pemimpin itu mestilah mempunyai matlamat yang jelas dalam tugasnya serta berpegang teguh pada prinsip asas kepimpinan. Selain itu juga, saya yakin bahawa pucuk kepimpinan parti ini mempunyai pengetahuan yang luas serta bijak dalam membuat keputusan. Hal ini kerana, dengan ilmu dan kebijaksaan yang dimiliki dalam membuat sesuatu keputusan amat la penting kerana ia melibatkan kesan jangka panjang dan melibat rakyat serta kedudukan parti tersebut. Kepimpinan parti ini juga terserlah apabila ia amat mementing kan kepentingan rakyat di negara ini. Dengan mendengar segala luahan oleh rakyat , serta merta mengambil tindakan dengan memberikan bantuan dalam apa jua bentuk samaada bantuan kewangan atau pun tenaga ahli parti sendri. dengan itu ia dapat meringankan beban rakyat agar dapat memberikan keselesaan kepada semua rakyat. Kejujuran juga perlu dititik beratkan dalam pucuk kepimpinan..hal ini kerana dengan kejujuran dapat manarik kepercayaan rakyat terhadap parti tersebut.

 4. Sekiranya anda diamanahkan sebagai pimpinan politik negara, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk mengatasi kemelut/krisis yang sedang melanda negara pada masa kini?
Sekiranya saya diamanahkan sebagai pimpinan politik negara pada masa ini, saya akan mengunakan pendekatan berkerjasama dalam semua pucuk kepimpinan parti politik dalam menyelesai masalah dan krisis yang dihadapi negara pada masa ini. Hal ini kerana, dengan mengunakan pelbagai idea dan pendapat dari semua pihak ia dapat membuat keputusan yang adil dan di persetujui oleh semua pihak. selain itu juga, sebagai seorang pemimpin perlulah menganalisis dahalu masalah yang timbul pada masa ini sebelum melakukan sebarang tindakan. keputusan yang bijak akan memberi kesan yang positif kepada negara pada masa depan. Suara rakyat juga amat la penting dalam mendengar segala luahan mereka terhadap masalah yang dihadapi oleh negara. Dengan luahan rakyat kita dapat menilai dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi segala masalah tersebut. 

CABARAN SEORANG PELAJAR

CABARAN SEORANG PELAJAR
1. Cabaran yang saya hadapi pada masa kini ialah bermulanya saya menjejakkan kaki ke alam universiti, berasa terkejut dengan banyak perubahan dalam kehidupan saya, berbeza dengan zaman sekolah dan matrikulasi. mengambil masa untuk membiasakan diri ditempat yang baru. Sehingga saya menghadapi masalah dalam pengurusan masa. Dengan pelbagai aktiviti yang perlu disertai dan assignment yang perlu disiap dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu saya berasa tertekan dan bebanan bagi saya untuk menguruskan perkara berikut. Kadang kala saya menyertai program yang memerlukan pengurusan sehingga masa study saya terabai dengan banyak meeting yang dilakukan oleh pihak pengurusan program tersebut. Bagi saya aktiviti seperti menguruskan program ini memberikan saya pengalaman yang baru serta mengasah lagi bakat saya dalam bidang kepimpinan. Saya lebih gemar melaksanakan aktiviti seperti ini kerana ia menyeronokan. Disini juga memerlukan seorang student untuk bergerak sendiri dalam pelajarannya selain menharapkan masa didalam kuliah sahaja. Dengan kesebukan dalam melaksanakan pelbagai tugas sehingga masa untuk belajar saya melayan bergitu sahaja. Sehinggalah saya berasa takut dan mengelabah sewatku menghampiri peperiksaan pertengahan  sem ini kerana banyak subjek yang tidak diulangkaji dan untuk memahami topic berikut. Saya berasa menyesal kerana tidak menguruskan masa saya dengan baik sehingga memberi kesan yang buruk kepada diri saya sendiri.
2.Bantuan yang saya perlukan disini ialah meminta nasihat dan pendapat daripada senior disini agar saya dapat memgambarkan macam mana situasi sebagai seorang student dalam menstabilkan masa study dengan masa aktiviti luar. Kerana mereka telah biasa berada di alam universiti ini dan kita boleh menjadikan pengajaran daripada pengalaman mereka untuk kita menguruskan masa kita dengan lebih bijak. Selain itu, saya juga memerlukan bantuan dari rakan-rakan dalam membantu saya dalam pelajaran kerana disini bukan saja belajar di dalam kuliah semata-mata malah perlu bergerak sendiri dalam mengulangkaji pelajaran. Dengan bantuan itu, memberikan saya semangat lagi dalam mencapai tujuan saya sebagai seorang penuntut di UKM ini.Serta mendapatkan semangat daripada keluarga serta rakan-rakan untuk lebih bermotivasi lagi.
3. Cara yang boleh saya gunakan dalam menhadapi cabaran ialah dengan membahagikan masa saya dengan sebaik yang mungkin agar dapat memberikan keseimbangan dalam menjalankan aktiviti program dengan study. Caranya, saya menyediakan jadual masa untuk diri saya sendiri agar dapat mengawal diri saya daripada leka dalam melakukan tugasan sehingga masa untuk belajar terabai. Seterusnya, saya sentiasa membaca al-quran agar saya berasa tenang bila saya menghadapi masalah mahupun tekanan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

DISKUSI KEUSAHAWANAN

                                                          DIskusi keusahawan ....

1. Jenis perniagaan yang saya berasa minat untuk ceburi ialah perniagaan jenis perkhidmatan Dobi.
2. Saya memilih untuk melakukan perniagaan perkhidmatan dobi ini kerana sebelum kita hendak memulakan sesuatu perniagaan hendak lah kita melihat dulu apa yang jenis masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan peluang untuk kita mendapatkan keuntungannya. Masalah dan peluang yang telah saya kaji sebelum ini ialah saya melihat ramai golongan muda seperti pelajar IPT mahupun golongan muda yang berkerja mempunyai masalah masa untuk menguruskan pakaian mereka sendiri. Ada kala nya mereka memerlukan pakaian yang telah dipakai untuk dipakai semula dikemudian hari dan memerlukannya dengan segera. Dari segi faktor cuaca juga diambil beratkan. kadang kala cuaca yang sering hujan memberikan masalah kepada mereka untuk menjemur pakaian dengan mereka sebuk menguruskan pekerjaan dan pelajaran masing-masing. Selain itu, ia tidak memerlukan pekerja yang ramai untuk menguruskan perniagaan ini kerana perniagaan ini hanya mengunakan mesin sepenuhnya. Oleh itu saya membuka perniagaan ini untuk memudahkan orang ramai dan akan memberikan income kepada saya.
3. Golongan pelangan yang saya target ialah kepada golongan pelajar yang berada di IPT. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai masanya yang tersendiri untuk menguruskan segalanya, ada juga kemungkinan mereka tidak sempat untuk menguruskan pakaian mereka sedangkan pakaian itu hendak digunakan dalam masa yang terdekat. Selain itu, golongan muda yang berkerja mahupun bagi mereka berkahwin tetapi masing-masing mempunyai kerjaya yang tersendiri sehingga tiada masa menguruskan pakaian kerana ia mengambil masa untuk pakaian itu kering dengan faktor cuaca lagi serta tiada masa. seterusnya kepada kelab-kelab sukan seperti kelab bola, yang mempunyai jersi yang hendak dicuci dalam kuantiti yang banyak serta mengambil masa singkat.
4. Saya akan memulakan perancangan ini ketika saya berumur 23 tahun kemungkinan dari situ saya telah mula  berkerja dan mengunakan kemahiran yang ada untuk mencari modal untuk memulakan perniagaan ini.
5. Perancangan awal saya ialah memulakan perniagaan saya dengan membuka satu dobi didalam sesebuah IPT agar ia dapat memudahkan para pelajar. Langkah seterusnya ialah saya cuba untuk membuka satu kedai dobi di luar kawasan IPT iaitu di kawasan yang strategik seperti dikawasan perumahan yang baru, kawasan yang memberi kelesaan kepada pengguna, serta berdekatan dengan IPT. Perancangan jangka panjang saya ialah membuka sebanyak yang mungkin cawangan ini di setiap IPT kerana ini merupakan satu keperluan bagi mereka. serta di kawasan baru yang hendak membangun.

Thursday, 12 November 2015

SUKEM

                                                                  SUKEM

         Pada bulan 10 yang lepas, telah berlangsungnya kejohanan sukan yang merupakan acara tahunan bagi setiap tahun yang diberi nama SUKEM. ia merupakan kejohanan sukan yang melibat kesemua kolej kediamanan di UKM ni. Terdapat pelbagai sukan yang telah dipertandingkan seperti bola sepak, olahraga, renang, bola tambar dan pelbagai sukan ini. Faedah daripada anjuran sukan  ini adalah dapat melahirkan ramai atlet yang berbakat untuk diasah lagi agar dapat menharamkan nama universiti serta nama negara sendiri di pentas antarabangsa. Selain daripada itu, yang paling penting adalah dapat mengeratkan lagi hubangan antara pelajar serta dapat meningkatkan lagi semangat berdaya saing yang sihat di kalangan pelajar.

        Apa nak diceritakan mengenai pengalaman semasa kejohanan sukan ini berlangsung. Pada mulanya aku telah diberikan amanah dalam menjaga kebajikan atlet kolej kediaman aku kerana aku merupakan pengerusi sekretariat sukan kolej Ungku Omar. so apakan daya dengan amanah yang telah diberikan aku jalankan dengan penuh keikhlasan. Aku serta rakan-rakan dalam sekretariat ni salin berkerjasama antara satu sama lain dalam menjalankan tugas masing-masing. Tampa kami siapa lagi yang hendak menjaga kebajikan atlet kami. Sanggup tidur lewat semata-mata ingin mengagihkan makanan mengikut sukan masing-masing. Selepas itu pula, bangun diawal pagi untuk  menhantar atlet ke tempat masing-masing, menyediakan makan dan minuman kepada para atlet. Bergitu la hari-hari yang seterusnya sehingga la kejohanan tamat.

      Selain daripada aku sebuk menguruskan segala kerja-kerja itu, aku juga terlibat dalam sukan yang aku minati seperti olahraga dalam acara lompat jauh dan 4x100 meter serta bola tampar. Pada fasa 1, merupakan sukan bola tampar. pada hari itu aku tidak menharapkan apa-apa pingat pun kerana jika dilihat pasukan lain lebih hebat dan berpengalaman berlaka , nak dibandingkan dengan kami yang jarang turun training so keserasian kami tidak terserlah langsung. so dari situ aku tidak menharap apa-apa hanya mencuba nasib sahaja. Tetapi kami tidak kisah, kami main hanya untuk mendapatkan keseronokan sahaja. 

      Apa yang aku fokuskan ialah pada sukan olahraga. Pada fasa 2, berlangsungnya sukan olahraga di stadium ukm. Pada hari itu, aku berasa cukup bersedia untuk bersaing dengan kolej lain. Sukan ni merupakan sukan kegemaran aku sewaktu di sekolah lagi. setipa hari aku turun training untuk kekalkan stamina aku sendiri. Pada waktu pagi, aku telah bersaing dalam acara lompat jauh., dengan harapan agar aku dapat membawa pulang pingat dari acara tersebut, tapi malang nya aku hanya dapat beraksi di peringkat akhir sahaja tanpa membawa pulang sebarang pingat. Tampa berputus asa, aku cuba pada acara yang seterusnya iaitu acara kegemaran aku iaitu 4x100 meter..aku telah bergandingan dengan pelari pecut kolej aku, Aku merupakan pelari yang ke-3 kerana aku gemar berlari di selekoh, Pada peringkat saringan, kami telah mendapat tempat pertama dan merupakan masa yang terpantas. Pada waktu itu, aku telah berharap sangat emas ditanganku, Pada belah petang merupakan final bagi acara 4x100 meter. tapi aku berasa kecewa sangat dengan pihak pengurusan tersebut, sepatutnya bagi masa terpantas diletakan di lorong 3 atau 4 tetapi diletaknya kami di lorong 1, amat sukar bagi kami di lorong tersebut. Bagi siapa yang atlet tahu bagai mana jika dapat di lorong tersebut. tampa mengaku kalah kami cuba juga walaupun telah melakukan bantahan.. dan akhir nya kami hanya sekadar mendapat tempat ke-2.. tapi tape la kami redha dengan kejadian tersebut. Bersyukur dengan apa yang kami berolehi..janji apa pinggat pada tahun ni.

PERKONGSIAN : ciri belia yang cemerlang

Lima ciri belia cemerlang mengikut perspektif saya.:
1. Taat pada allah dan kepada kedua ibubapa.
2. Rajin Berusaha
3. Berkepimpinan 
4. Bertanggungjawab
5. Berdisiplin
Berdasarkan ciri-ciri berikut, perkara yang utama sekali ialah taat kepada perintah allah serta kepada kedua ibubapa. Jika kita berpegang kepada perintah allah dengan menjaga solat serta sentiasa berpegang kepada kitab al-quran dapat menjadikan saya sebagai insan yang berperibadi mulia dengan sentiasa dapat membezakan perkara yang baik mahupun yang buruk  agar iman saya sentiasa terkawal sebagai seorang belia yang hendak membangun. Selain itu, ibubapa merupakan orang yang perlu kita hormati dan taat kepada mereka kerana dengan ada nya meraka saya berjasa menjejakkan kaki disini, bagi saya mereka adalah satu dalam dunia, tanpa mereka sape lah saya.
Seterusnya, rajin berusaha. Ciri ini perlu ada pada setiap belia kerana dengan berusaha terhasilnya satu kerja yang berkualiti. Jika hanya anggan-anggan saja tanpa melakukan sebarang tindakan terhadap sesuatu kerja itu hanya lah sia-sia sahaja. Oleh itu, bagi saya ciri ini memang saya terapkan pada diri saya agar sentiasa rajin berusaha dalam mendapatkan sesuatu perkara yang saya inginkan seperti mana saya berusaha dalam bidang akademik dan juga sukan.
Berkepimpinan, Bagi saya sebagai seorang pelajar yang telah dididik dari bangku sekolah lagi mengenai kepimpinan ini memang perkara yang perlu diterapkan kepada para belia. Hal ini kerana, belia lah yang akan memimpin dan mengurus negara pada masa depan. Rosak golongan belia gelap masa depan negara untuk menjadi negara yang maju. Dengan pengalaman yang telah saya ceburi dalam kepimpinan ini seperti menjadi presiden untuk kelab dan persatuan serta menyertai program-program kepimpinan ini agar saya dapat memperkukuhkan lagi keyakinan saya untuk berada pada golongan yang kehadapan.pada suatu hari nant.
Sifat tanggungjawab adalah penting bagi saya. Bagi saya sebagai seorang anak dan pelajar sentiasa ingat akan tanggungjawab saya terhadap keluarga dan pada diri saya sendiri agar sentiasa memberikan tumpuan saya terhadap pelajaran. Jika saya memegang sesuatu amanah, saya akan  memegangnya dengan sebaik yang mungkin kerana itu tanggungjawab saya yang telah diberikan orang kepada saya.
Akhir sekali ialah berdisiplin. Saya telah dilatih sejak kecil lagi oleh ayah saya sendiri yang mendidik anak-anaknya agar sentiasa berdisiplin dari segi kekemasan diri, ketepatan masa dan sebagainya. Ini memberikan kesan kepada saya kerana disini amat mementingkan masa unrtuk diuruskan sendiri  dalam segala urusan harian disini. Dengan adanya sifat berdisiplin dalam kalangan belia dapat melahirkan golongan belia yang sentiasa menjaga tingkah lakunya dimana jua mereka berada.

Monday, 2 November 2015

Penghijrahanku

: PENGHIJRAHANKU
HIJRAH...perkataan yang sering kite  dengari . Tapi faham ke kita sebagai seorang muslim ape itu hijrah.  Jika kita fahaminya dengan lebih mendalam  lagi pasti amat menarik untuk kita amalkan dan mempraktikan nya. Alhamdulilah dengan penhijrahan la yang banyak mengubah sikap dan kehidupan aku sendiri.

Pada mulanya, aku bukan la budak yang pandai dalam bidang akademik pada masa dulu. Aku hanya budak biasa yang tiada apa-apa kebolehan sewaktu itu. Hanya kelas dibelakang, berkawan pula dengan budak yang nakal.  Itu la aku sewaktu dulu, tiada apa yang dapat untuk aku banggakan. Aku berasa diri aku tiada  masa depan yang dapat aku bayangkan. Langkah demi langkah aku berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain telah banyk memberikan aku harapan dan peluang untuk aku terus maju dalam kehidupan aku. Aku percaya allah maha adil terhadap hampa nya dan aku yakin bahawa allah akan memberikan kekuatan kepada hampa nya untuk menempuh segala dugaan yang menimpa. Dengan doa dan usaha yang dilakukan aku berjaya mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Aku berasa tidak yakin terhadap diri aku sendiri. Aku berase putus asa dengan kehidupan aku. Tapi dengan perkataan Hijrah la yang telah banyak mengubah aku. Pada mulanya aku sendiri tidak faham ape itu HIJRAH..tampa aku sedar rupanya melalui penhijrahan la yang telah banyak mengubah segala sikapku.. ini kerana, ayah aku sebagai seorang anggota tentera yang banyak berpindah randah  dari satu kawasan ke kawsan yang lain.. setakat ini telah banyak kem tentera yang telah aku duduki seperti kem wardiburn, kem kementah, dan kem TUDM subang. Dengan itu banyak sekolah yang aku jelajah, dari situ aku mengubah sikapku dan membetulkan niatku untuk berubah. Alhamdulilah, akhir nya aku sedar rupa-rupanya selama ini yang aku lakukan adalah perhijrahan yang mengubah hidup aku sendiri.
Aku dapat merasakan, jika kita berada di suatu kawasan yang baru kita akan memulakan sesuatu kehidupan yang baru dalam hidup kita. Melupakan kisah silam kita dan buka buku baru untuk terus membetulkan kita kepada yang lebih baik. Dari situ aku belajar erti kehidupan untuk kita membetulkan dan mengubah diri kita sendiri. Bak kata perpatah, susah-susah dahulu senang kemudian, dengan itu aku terus meningkatkan usaha aku untuk terus maju kehadapan. Dengan usaha, berkat doa kedua ibubapa aku terus berdiri dengan sendirinya. Akhir nya tampa diduga, daripada kelas belakang aku telah membuktikan kepada mereka aku pun boleh berada di hapadan seperti mereka. Mulanya sewaktu aku disekolah menengah aku menonjolkan diri aku dalam pelbagai bidang. Di tingkatan 2 aku sedar yang peperiksaan pada tahun hadapan penting bagi aku walaupun berada di kelas belakang. Akhirnya aku membuktikan kepada mereka yang aku pun boleh perform dalam peperiksaan PMR dengan mendapat 7A walaupun dikelas belakang. Dari situ aku terus meningkatkan keyakinan aku untuk terus maju. Ini terbukti, kelas bukan la penentunya,tetapi  diri sendiri yang mengerakan kita. Sehingga la aku menjadi harapan sekolah untuk peperiksaan SPM dan menjadi calon untuk tokoh kokurikulum sewaktu itu tetapi malang nya ada yang lebih hebat lagi daripada aku dan terpaksa melepaskan gelaran tokoh tersebut. Memang aku sendiri tidak menduga yang aku boleh mencapai kepada tahap seperti itu.

Dengan kegemilangan yang telah kita capai kadang-kadang kita lupa dan angkuh terhadap diri kita sendiri dan juga kepada allah.  Sebenarnya allah yang telah memberikan kita semua itu, mungkin dia hanya menguji keimanan kita sebagai umat islam sehingga aku lupa dan leka terhadapnya. Jika dulu sewaktu susah selalu berharap kepadanya, sentiasa mengingatkan Nya, bermohon kepada Nya, tetapi apabila telah dapat apa yang telah diminta kita angkuh dan riak. Itu la manusia, tidak pijak dibumi yang nyata. Diperlukan apabila susah, diabaikan apabila senang. Jika dulu aku banyak melakukan kesalahan,  tampa memikirkan soal agama. Aku tewas dengan kejahilan aku sendiri. Keimanan aku lentur dek sebabkan sebuah perasaan sahaja iaitu cinta. Sekarang baru la aku sedar yang cinta itu boleh membuatkan aku sendiri tewas dengan keimananku. Dengan bercinta juga aku sering dikecewakan, disakiti dan lupa terhadap agama. Sehingga la aku sendiri yang  jatuh kecundang dalam kehidupan ku. Dengan kesilapan yang telah dilakukan aku cuba untuk mengubahnya kepada yang lebih baik. Mungkin ini semua telah memberikan aku pegalaman yang bermakna untuk aku terus membina sebuah kehidupan yang baik pada masa akan datang. Dengan pengalaman yang akan mengajar aku untuk hidup berdikari menguruskan segalanya. Allah telah menentukan segalanya kepada kita, hanya kita la yang hendak menerima dan percaya kepada ketentuannya. Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan kerana kita bukan la manusia yang 100% perfect ada juga kelemahannya. Kita boleh mengubahnya dengan kehendak kita sendiri. Aku akan terus mempebetulkan diri aku kepada yang lebih  baik. In shaa allah.
Pemikiran yang terbuka memikirkan zaman sekarang yang mempunyai banyak cabarannya diluar sana. Menempuh alam remaja sebelum menjadi dewasa yang lagi banyak dugaanya. Aku sedar alam remaja la yang banyak memberikan kita keseronokan dan kebebasan yang mungkin tampa kita sedar yang kita kadang-kadang akan terpesong dari jalan yang benar. Banyak kesalahan yang dilakukan. Sebab itu penting nya keimanan dalam diri seseorang. Kuat nya iman, kukuh lah pendiriannya. Bagi aku, parent aku sendiri yang telah banyak mengajar aku tentang agama. Mereka la yang sentiasa membimbing anak-anaknya kepada agama, sentiasa mengingat kita terhadap kewajipan dalam islam, menhantar untuk mendalami bacaan aq-quran dan seterusnya mereka la yang menjadi contoh dan teladan kepada kami adik beradik. Sebab itu aku sendiri lebih suka berada disamping mereka berbinding duduk seorang di berantauan. Tetapi dengan hasrat untuk meneruskan pelajaran aku keperingkat yang lebih tinggi aku terpaksa berpisah dengan mereka. Terpaksa  untuk hidup tampa mereka untuk meneruskan cita-cita aku. Mungkin ini kelemahan bagi aku, dengan berada jauh dari mereka  aku sendiri yang leka terhadap  agama. Kadang-kadang aku sendiri lupa terhadap tanggungjawab aku sendiri. Pentingnya mereka bagi aku. Mereka la yang banyak membentuk aku menjadi insan yang lebih baik. Untuk membiasakan keadaan yang baru bagi aku, kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Aku akan terus untuk belajar hidup berdikari dan sentiasa mengingati tanggungjawab aku terhadap agama. Terus berubah untuk menjadi yang lebih baik. Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang  kita di bawah...ada naik turunnya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kita akan sering hadapi dalam kehidupan.

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. . Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Peringatan untuk diri sendiri dan kepada umum.