Assalamualaikum wbt
Sebelum saya memulakan untuk mengunakan blog ni, apa salah nya bila saya menperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama yang diberi, MUHAMMAD SAFUWAN BIN ZAIEF. Dilahirkan di kangar, perlis. Saya merupakan anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Bagi saya anak sulung mempunyai peranannaya yang tersendiri. Mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa dan adik-adik. Sebagai seorang abang terhadap adik-adik saya, semestinya mereka menjadikan abang mereka sebagai contoh dan teladan kepada mereka. Mengajar adik-adik saya erti mengenang jasa kepada kedua ibu bapa kami agar mereka nekat untuk belajar bersungguh-sungguh supaya tidak mensia-siakan apa yang telah diberikan oleh mereka. Dengan usaha dan penat lelah mereka yamg telah membesarkan kami sehingga ke hari ini. Apa salah nya sebagai seorang anak berikan kegembiraan kepada mereka terhadap ape jua bidang yang kite ceburi. Memcapai sesuatu kerjayaan untuk dihadiahkan kepada mereka. Bagi saya, faktor yang mendorong saya sehingga ke hari ini adalah kedua ibu bapa saya... banyak yang telah diajar oleh mereka sehingga saya pada hari menjadi insan yang berguna kepada masyarakat nanti.. tampa mereka siapa la saya..
Apa yang telah disebutkan dalam al-quran bahawa berhijrah mempunyai banyak kebaikannya. Ini telah terbukti bahawa dengan berhijrah saya dapat membentuk diri saya yang lebih baik dan mengubah kepada sifat yang buruk kepada yang lebih baik. Saya sebagai anak kepada seorang anggota tentera yang sering berpindah randah dan banyak berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain. Ini telah memberikan manfaat kepada saya agar mengenal erti hijrah untuk berubah kepada yang lebih baik. Pada mulanya saya bukan la seorang yang pandai dalam bidang akademik nak dibandingkan dengan rakan-rakan di sekolah dulu. Duduk kelas pun kelas belakang-belakang. so saya tiada peluang untuk kehadapan pada masa itu. Jika nak diikutkan banyak sekolah yang telah saya duduki seperti, 2 sekolah tadika, 2 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah...bermula nya di SMK Padang Tembak iaitu sekolah terakhir saya , saya telah menampakkan kebolehan pada diri saya dalam pelbagai bidang. Semasa di tingkatan 2 saya mula menjejakkan kaki di sekolah tersebut. Dengan berhijrahan saya di sekolah tesebut telah memberikan saya peluang dalam mentengahkan bakat saya dalam bidang kepimpinan dan sukan. Dalam bidang kepimpinan, saya telah terpilih untuk menjadi ahli pembimbing rakan sebaya (PRS) semasa di tingkatan 2. Dari situ saya telah dilatih guru-guru saya dalam menjayakan pelbagai program di sekolah. Semasa di tingkatan 4 saya telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menjadi wakil keperingkat kebangsaan dalam program kepimpinan PRS. Dengan ada nya pengalaman seperti itu saya telah dilantik menjadi pengerusi pembimbing rakan sebaya disekolah dan juga menjadi ketua dalam bacaan ikrar majlis gabungan pelajar. selain itu, saya juga telah meningkatkan lagi kemahiran saya dalam bidang akademik sehingga menjadi salah seorang daripada 10 orang pelajar harapan sekolah dalam peperiksaan SPM. Sebenarnya saya pun tak duga untuk menjadi sehebat itu.. mungkin ini semua rezeki dari allah dan berkat doa kedua ibu bapa. Yang paling terkejutnya, time PMR saya paling tak sangka saya boleh dapat keputusan yang agak mengejutkan iaitu 7A...uuuu serious saya tak sangka gler..padahal time tu saya kelas belakang..bukan la budak yang pandai mana pun jika nak dibandingkan dengan budak2 kelas depan tu..tapi sy bersyukur sangat...lepas je SPM saya terus melanjut kan study saya ke kolej matrikulasi johor. selama setahun saya belajar disana.. macm2 dugaan yang saya tempuh.. mungkin dengan dugaan la meningkatkan lagi semangat kita nak stdy kan...so alhamdulilah lepas je setahun kita berjaya menempuh segala dugaan tersebut, kerana org kata kat matrik la benda paling susah sekali..padahal bagi saya tu semua biasa je..bergantung kpd seseoarang tu macm mne dy set minda dye...dengan rezeki allah akhir nya saya dapat jugak menjejakkan kaki di Universiti kebangsaan malaysia (UKM). Merupakan tempat yang saya target time sekolah dulu.. dengan usaha yang gigih, berdoa pada allah.tawakal, in sya allah , allah akan memudahkan segala urusan kita.. cukup la setakat ni.. ada masa saya tulis lagi...assalamualaikum.